BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 23, 2009

~ Ramadhan Datang Lagi ~

Ramadhan datang lagi. Apakah reaksi kita dengan kehadiran Ramadhan kali ini. Adakah kita sambut dengan kegembiraan atau dengan kedukaan? Gembira kerana Allah masih beri kita peluang untuk merebut ganjaran yang telah disediakanNya. Atau berduka kerana kita tidak boleh bersenang-senang dengan aktiviti yang biasa kita lakukan.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umumya dan pembaca blog saya khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.

Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang² yang muttaqin ( memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T)
Semoga kita dapat mejaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan,
minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.

Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, banyak pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

0 ulasan: